Download Koleksi Game Gratis Terbaru | Umrah dan Haji Plus

Cara berfikir orang kaya bersyukur

Bismillahirahmanirahim,

Kebahagian hanya datang dengan bersyukur. Selalu kita kata orang yang kaya orang itu mesti bahagia. Memang benar, tapi yang dimaksudkan dengan kaya itu mungkin bukan wang ringgit, rumah atau kereta besar. Tapi kaya dalam nilaian yang sebenar.

Manusia apabila dia melihat apa yang ada pada dirinya, dan lihat pula pada orang yang tidak memilikinya, maka akan sedikit demi sedikit sedar bahwa dia sebenarnya sudah pun kaya. Dia akan sedar apa yang ada pada dirinya itu punya nilaian yang sangat tinggi. Jika kita mahu bandingkan dengan nilaian wang ringgit, kita akan dapati ada orang yang berhabis ribuan ringgit, malah puluhan ribu ringgit, semata2 ingin rambut tumbuh semula di kepalanya!

Dan ada orang buta matanya kabur atau buta, sanggup berhabisan wang yang banyak untuk operate di tempat2 jauh yang tersohor. Semata2 ingin memiliki sepasang mata yang bisa melihat dengan sempurna.

Dan tak sedikit orang yang menghabiskan wang simpanan hari tuanya ratusan ribu ringgit untuk berubat penyakit yang dihinggapinya. Semata2 ingin semula boleh berjalan seperti biasa.

Dan yang termahal sekali, ada orang yang sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk menyembuhkan penyakit kronik yang boleh membawa maut kepadanya. Semata2 ingin terus hidup seperti orang lain.

Dari sedikit contoh tadi - apa yang tidak ada pada kita? Kita punya rambut, malah cantik tersusun. Kita punya mata yang tidak pernah perlu kita 'service'. Kita punya badan yang sehat, yang tidak perlu kita bimbang memakan apa pun. Dan kita masih menghirup udara setiap kali bernafas, tatkala ada orang bergelut untuk menarik sesekali nafas!

Cukuplah, apa yang termahal sudahpun kita miliki. Hanya sekarang kita berkerja kerana sunnatullah untutk mendapatkan rezeki yang sudahpun ditakdirkan sejak azali. Mudah2an dengan memikirkan nikmat2 mahal yang sudah kita miliki ini, kita akan berasa tenang dan tidak lagi memburu dunia. Maka kita gunakanlah nikmat2 yang Allah beri ini seperti yang Allah mahukan.

Barangkali begini cara orang kaya bersyukur,

Tengok orang yang berabis duit untuk dapat , padahal dah ada pada aku. Ada orang berhabis jutaan ringgat untuk kembali sehat, padahal aku sedang sihat.
0 Komentar untuk "Cara berfikir orang kaya bersyukur"

Back To Top