Download Koleksi Game Gratis Terbaru | Umrah dan Haji Plus

Mencintai Allah by Abu Aaqil

Bismillahirahmanirahim,
Mencintai Tuhan adalah perkara yang paling Asas (Basic) dalam kehidupan beragama. Namun, kita seringkali 'lupa' untuk mencintai Allah.
Pertamanya, kerana kesebukan kerja, keluarga dan lain2 tugasan harian kita, maka kita tidak teringat pada Allah. Dan kadang2 ketika solat pun, kita memikirkan hal2 lain selain Allah.
Keduanya, kerana hati kita sebuk dengan mahu itu mahu ini. Menonton itu menonton ini. Maka hati kita tetap pada memikirkan makhluk.
Ketiganya, kita lupa siapa memberikan segala nikmat yang kita ada sekarang..

Suatu kisah, ada seorang ibu menghidap sakit buah pinggang, dia dimasukkan ke ICU kerana buah pinggangnya gagal untuk berfungsi. Dia punya 10 orang anak, namun tidak ada seorang pun yang sanggup mendermakan buah pinggang mereka untuk si ibu tadi. Masing2 takut untuk mendermakan. Tiba2 ada seorang hamba Allah terbaca sebuah berita tentang si ibu tadi, terus dia bertindak untuk sukarela menderma sebelah buah pinggang nya kepada si ibu tadi. Alhamdulillah, si ibu yang tadinya hampir maut,  selepas si ibu sedar dari pembedahan dia semakin pulih dan sembuh. Rasa2nya siapakah orang pertama yang si ibu tadi ingin berjumpa?
Saya fikir, si ibu mesti ingin berjumpa dengan si penderma tadi dan ingin mengucapkan terima kaseh.. tanda kesyukuran atas kebaikan hatinya.
Begitulah kita dengan ALlah - Dia telah menciptakan tubuh badan dan segala organ dalam badan kita dengan sempurna. Bukankah dia telah memberikan segala itu kepada kita? Tidakkah patut untuk kita bercita2 untuk berjumpa denganNya tanda kita bersyukur padaNya. Dan satu2nya tempat seorang hamba boleh berjumpa dengan Tuhannya adalah - SYURGA.
0 Komentar untuk "Mencintai Allah by Abu Aaqil"

Back To Top