Download Koleksi Game Gratis Terbaru | Umrah dan Haji Plus

Memperkuatkan agama by Abu Aaqil

Bismillahirahmanirahim,
Sungguh, method palinh ampuh untuk belajar ialah bertanya. Rasulullah SAW pernah bersabda,mafhumnya: ubat untuk jahil adalah bertanya.
Dalam mempelajari agama, kadang2 kita tidak tahu untuk bertanya apa. Maka kita tidak bertanya, dan seterusnya kita tidak mencari apa2 jawapan.
Ada eloknya juga, kita suruh orang bertanya pada kita, kemudian kita berusaha mencari jawapan. Di situ berlaku proses pembelajaran.
Dalam isu AQIDAH - agak sukar untuk kita mencari soalan2. Mungkin kita telah diajar untuk memepercayai apa yg telah diajarkan kepada kita. Dan kita pula takut untuk mempersoalkan apa yang sudah kita pegangi selama ini. Maka kadang2 kepercayaan kita longgar sebab kita tidak pernah mempersoalkan pegangan kita, tidak pula mencari bukti2 dan jawapan kepada apa yg kita pegangi (imani).
Nah, saya fikir ada satu cara yang terhadap di depan kita. Yakni internet dan segala bahan2 ilmiah yg shahih yg ada di dlmnya. Kita bersyukur kerana terdapat byk video2 ulama2 hebat sama ada melayu, arab dan org puteh, banyak membahaskan bukti2 kebenaran Islam.
Maka saya fikir ada juga eloknya, kita layari beberapa video youtube berkaitan Aqidah, Al Quran dan Pembandingan agama, kemudiannya layari beberapa video yg dilemparkan oleh org kafir kepada Islam. Kadang2 kita boleh baca tuduhan mereka di ruangan comment. Saya pasti kita akan rasa 'uneasiness' untuk mendengar atau membacanya. Tapi kemudiaan kita juga tertanya2 apa yang boleh kita jawap. Dan kebanyakannya kita tidak dapat jawap. Akan ada ketakutan bahwa Islam punya kesalahan. Tapi sebenarnya, kita yang jahil untuk menjawab, bukannya Islam yg salah. Dari sini kita mula mencari2 jawapan, dan alhamdulillah dan insya allah kita akan temui jawapan yang kita cari. Secara tidak langsung menambah kenyakinan kita - dan kali ini dengan dalil2 dan bukti2. Tidak kurang banyak, dalil2 dan bukti2 ini dari sumber2 orang barat yang membenarkan fakta2 sains.
Kalau boleh saya ibaratkan proses ini seperti "Vaksinasi". Tubuh badan kita semula jadi kurang kuat dan lemah menhadapi penyakit. Maka kita ambil Vaksin (iaitu sejenis virus penyakit) untuk dimasukkan dalam badan. Kemudian badan kita akan semulajadi mengeluarkan "antibody" untuk melawan virus tersebut, secara tidak langsung badan akan punya antibody dan kita semakin kuat melawan virus. Sehingga kita tidak lagi bimbang2 dihinggapi penyakit.
Saya terbaca satu hadis baru2 ini, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya : barangsiapa yang menhadap Allah di hari kiamat nanti sedang dia amat yakin Tiada Illah selain Allah, dan Nabi Muhammad Rasulullah, maka tidak ada halangan sedikitpun ia dengan Syurga.
Semoga Allah menuntuni kita dijalan yang lurus. Amin...
0 Komentar untuk "Memperkuatkan agama by Abu Aaqil"

Back To Top